Kerjaya kelab Agu_Casmir

Casmir sebelum ini bermain untuk kelab Liga S, Young Lions dan Woodlands Wellington FC.

Agu beraksi untuk Woodlands Wellington FC pada tahun 2002, dimana dia menjaringkan 27 gol ketika berumur 18 tahun. Dia kemudiannya menjaringkan 15 gol pada tahun berikutnya. Pada tahun 2004 dan 2005, dia bermain untuk Young Lions, dia menjaringkan 31 gol secara keseluruhan. Dia kembali ke Woodlands Wellington FC dan menjaringkan gol 17 kali, sebelum menyertai Gombak United FC pada musim 2007.

Pada 19 September 2007, Agu Casmir menjaringkan gol ke-100 nya dalam Liga S.

Pada bulan Ogos 2008, kelab Malaysia, PDRM FA menandatanganinya bersama-sama denganNoh Alam Shah. Tetapi dikeluarkan daripada pasukan selepas 3 perlawanan. Gombak United menandatanganinya sekali lagi pada tahun 2009.

Agu bermain untuk Persija Jakarta pada musim 2011. Pada 5 Disember 2011, iannya telah diumumkan bahawa dia akan menyertai LIONSXII untuk musim 2012.

Agu menyertai Persebaya pada akhir tahun 2013.[1][2] Pada bulan Jun 2014, Agu menyertai Warriors F.C..